
TENTANG MAAHAD SANIAH

Head of School's Welcome,
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me and you can start adding your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
This is a great space to write long text about your company and your services. You can use this space to go into a little more detail about your company. Talk about your team and what services you provide. Tell your visitors the story of how you came up with the idea for your business and what makes you different from your competitors. Make your company stand out and show your visitors who you are. Tip: Add your own image by double clicking the image and clicking Change Image.
Sincerely,
Dr. Richard Weiner
Head of School

TENTANG MAAHAD SANIAH

Kata Alu-aluan Mudir Maahad Saniah,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi ilham kepada cendikiawan menyebarkan ilmu pengetahuan sehingga lahir pelbagai cabang ilmu.Bidang penulisan adalah salah satu cabang untuk kita menyampaikan ilmu dan maklumat. Saya berbangga dengan kewujudan laman web Maahad Saniah sebagai satu saluran untuk pelajar memperkembangkan idea dan berkongsi ilmu serta maklumat dengan rakan rakan yang lain. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi penghormatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena penerbitan laman web Maahad Saniah ini.Sekalung tahniah untuk semua yang terlibat bertungkus lumus bagi menjayakan laman web ini.
Daya usaha,tanggungjawab dan semangat kerjasama semua yang terlibat bagi menjayakan penerbitan laman web ini merupakan suatu usaha amat membanggakan.Sikap beginilah yang perlu dipupuk bagi meneroka idea baru dalam proses pembelajaran.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pelajar agar mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri dengan mempertingkatkan prestasi dalam bidang akademik kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu yang perlu dipelajari.
Akhir kalam, saya berharap usaha menerbitkan laman web Maahad Saniah ini dapat memupuk kerjasama,muafakat,perpaduan dan silaturrahim di kalangan warga Maahad Saniah demi melahirkan generasi pelajar bestari,berketrampilan dalam semua aspek kehidupan.
Yang Benar,
Haji Rusdi Bin Arifin
Pengetua Maahad Saniah
VISI DAN MISI
VISI
MAAHAD SANIAH MEMIMPIN
MISI
Maahad Saniah akan menggembeling semua tenaga dengan penuh dedikasi dan proaktif bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum ke arah membentuk insan kamil yang bertaqwa kepada ALLAH dan mampu berkhidmat untuk masyarakat dan negara.
SEJARAH PENUBUHAN
Diasaskan sekitar tahun 1940an oleh Dato’ Sri Amar DiRaja Nik Mustafa Fadhil.Pada awalnya dibuka untuk pelajar perempuan sahaja bertempat di Balaisah Tn. Hj. Nik Ismail, Jalan Nara Pasir Puteh dengan bilangan murid seramai 10 orang sahaja.Sekolah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj pada tahun 1961.Sekolah ini mulanya dikenali sebagai “Madrasah Saniah Lil- Banat”. Kemudian pada tahun 1970, namanya ditukarkan kepada Sekolah Arab Saniah dan membuka pengambilan kepada pelajar lelaki.Selaras dengan peningkatan kecemerlangan yang telah dicapai oleh sekolah , maka pada tahun 2006 sekolah ini ditukarkan nama sekali lagi kepada ‘MAAHAD SANIAH’
PROFIL SEKOLAH

KOD SEKOLAH : DXT 4015
NAMA SEKOLAH : MAAHAD SANIAH
JENIS SEKOLAH : SMAN (SEK. MEN. AGAMA NEGERI)
PERINGKAT SEK : MENENGAH RENDAH DAN MENENGAH ATAS
JENIS MURID : LELAKI & PEREMPUAN
BAHASA : B.M & B.ARAB
PENGANTAR
SESI PENGAJIAN : PAGI
LOKASI : PUSAT BANDAR P.PUTEH
MODEL : SEKOLAH BIASA
TARIKH DITUBUHKAN : 1 JAN 1940
ALAMAT : P.PUTEH
POSKOD : 16800
NEGERI : KELANTAN
NO. TELEFON : 09-7855193
NO. FAX : 09-7855190
SUMBER BEKALAN
AIR : AIR AWAM
SUMBER BEKALAN
ELEKTRIK : TNB
PEMILIK TAPAK SEKOLAH : YIK
PEMILIK BANGUNAN SEK. : YIK
SUMBER KEWANGAN : YIK
TENAGA PENGAJAR : YIK & KPM
JENIS ASRAMA : PEREMPUAN
LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

PELAN SEKOLAH
