top of page

BERITA DAN PERISTIWA

MINGGU BAHASA ARAB

2-4 April 2018

​

Persatuan Bahasa Arab telah menganjurkan Minggu Bahasa Arab iaitu salah satu acara tahunan sekolah.Banyak acara yang dipertandingkan yang melibatkan 4 buah rumah sukan;Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara.

    Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.

    Pada 2 April, pertandingan Hiwar dan Nasyid Tasrif diadakan di Dewan Seminar.Pada hari kedua pula, Pertandingan Menghafal Kalimah dan Nasyid Nusus dianjurkan.Pada hari terakhir,4 April, Pertandingan Dikir Arabi,Nasyid Arabi dan Kalam Jamai'e telah dilaksanakan.

    Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan suasana Bahasa Arab di sekolah.Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk bertutur menggunakan Bahasa Arab dalam kehidupan mereka.

    Program sepanjang Minggu Bahasa Arab berjalan dengan lancar dan gilang-gemilang.

MAJLIS PERSARAAN GURU

1 April 2018

 

Pn.Rohama bt Abdullah dan Pn. Alawiyah bt Abdul Ghani diraiakan dengan penuh gilang gemilang sempena persaraan mereka,setelah berkhidmat selama lebih kurang 30 tahun di Maahad Saniah.Majlis ini sedikit sebanyak dapat menggambarkan perasaan sedih dan sayu warga saniah kerana kehilangan mereka.

SUKAN TAHUNAN YIK 2018

25-29 Mac 2018

 

Pelbagai sukan telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada setiap tahun untuk pelajar-pelajar YIK.Antaranya, Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Baling, Bola Jaring, Ping Pong, Badminton dan sebagainya.

    Jadi, pihak kokurikulum sekolah berdedikasi dalam melatih pelajar-pelajar untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan di peringkat Yayasan Islam Kelantan.

    Pihak sekolah juga komited dan mengambil berat soal kokurikulum dalam kalangan pelajar di sekolah.Antara inisiatifnya adalah dengan menyediakan prasarana yang pelbagai kepada para pelajar di sekolah. 

IMG_3866

IMG_3866

IMG_3870

IMG_3870

IMG_3874

IMG_3874

IMG_3881

IMG_3881

IMG_3884

IMG_3884

IMG_3878

IMG_3878

_DSC0462

_DSC0462

_DSC0482

_DSC0482

KAWAD KAKI LELAKI

KAWAD KAKI LELAKI

MAJLIS PENYERAHAN SLIP SPM 

15 Mac 2018

 

Tergambar wajah suka dan duka calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila menerima slip masing-masing dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seminar Maahad Saniah.

    Majlis ini juga menunjukkan kecaknaan sekolah terhadap pelajar-pelajar SPM pada setiap tahun.

PESTA SUKAN KOKURIKULUM

21 Februari 2018

​

Pada 21 Februari 2018, satu pesta sukan sekolah (PESKO) diadakan dengan cukup meriah sekali.Tergambar wajah gembira pelajar-pelajar kerana mereka dapat menyertai permainan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara permainan yang dianjurkan ialah bola sepak,bola baling,bola tampar,badminton,ping pong,sepak takraw dan bola jaring.Antara pertandingan lain pula ialah menghias khemah dan perbarisan.Pasukan Delima bergelar juara keseluruhan. Objektif pertandingan ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat dan cergas 

 

 

PERISTIWA AKAN DATANG

 

9 APR

Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Zon 5.

​

Pertandingan Blog Peringkat Zon.

8-10 APR

Kelas Tambahan Fasa 2(Minggu 1)

11 APR

Pertandingan Kuiz Dinie peringkat MASSAK 2018

15-17 APR

Kelas tambahan Fasa ke-2 (Minggu 2)

21 APR

Program Bedah Buku Usrah untuk Tingkatan 6 Bawah (Jilid 3)

22-24 APR

Kelas tambahan Fasa

ke-2 (Minggu 3)

12 MEI

Program Bedah Buku Usrah untuk Tingkatan 6 Bawah (Jilid 3)

07 JUL

Program Bedah Buku Usrah untuk Tingkatan 6 Bawah (Jilid 3)

© 2018 by Maahad Saniah. 

  • Black Facebook Icon
  • Instagram Social Icon
Du'a Turkish - Maher Zain
00:0000:00
bottom of page