
KOKURIKULUM
Kokurikulum
​
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."
​
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
-
Penyertaan dalam sukan dan permainan
-
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
-
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
-
Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DIARI SEKOLAH
29 MAC
9:00AM - Perlawanan Bola Tampar
29 MAC
9:30PM - Perlawanan Bola Sepak
9 APRIL
10:00 A.M - Pertandingan Blog peringkat zon
NASYID
Acara nasyid juga turut disertai oleh Maahad Saniah.Pada setiap tahun,Maahad Saniah akan mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid lelaki dan perempuan.
​
Pasukan ini pernah menyandang gelaran naib johan di peringkat MASSAK.
KUIZ DINIE
​
​
Maahad Saniah mula menyertai acara ini sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan berjaya mendapat tempat pertama diperingkat zon dan mendapat naib johan di peringkat MASSAK pada tahun 2017.

VIDEO MUNGKIN ANDA MINATI:
PESKO 17

PARKOUR SANIAH
KALAM JAMAI'E
​
Maahad Saniah juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan kalam jamai'e yang dipertandingkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Majoriti peserta yang menyertai adalah
dari pelajar tingkatan 4,5&6.
​
Pencapaian pasukan kalam jamaie sekolah ini pernah mendapat johan di peringkat MASSAK pada tahun 2017.
SYARAHAN​
​
Maahad Saniah telah mengambil bahagian dalam acara ini secara menyeluruh.Hal ini bermaksud, Maahad Saniah telah menghantar wakil syarahan untuk setiap ketegori yang dipertandingkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).Antaranya syarahan Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Syarahan Bahasa Inggeris.


MUKHAYYAM TARBAWI
​
Pada setiap tahun, Maahad Saniah akan menghantar beberapa orang pelajar yang terdiri daripada pengawas,ahli Badan Dakwah,unit kaunseling dan ketua kelas untuk menyertai kem Mukhayyam Tarbawi yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Dan Kepimpinan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Pencapaian
![]() NAIB JOHAN KAWAD KAKI | ![]() JOHAN KALAM JAMAEI MASSAK |
---|---|
![]() JOHAN SYARAHAN BAHASA MELAYU ZON | ![]() OLAHRAGAWATI |
![]() OLAHRAGAWAN | ![]() NASYID NUSUS JOHAN MASSAK |